Gifts to GIVE A WAY



Assalamualaikum...Selamat pagi...Bagus juga sebenarnya bangun pagi ni..Lebih bersemangat dan lebih segar untuk bekerja..Oleh kerana hari ni sampai awal di office, boleh la update apa yang patut. Ada GOOD news untuk semua dealer SF Beauty Subang. Hehehe.. Malu plak rasa..=)


Sebelum tu, minggu lepas SF Beauty Subang telah pun mengagihkan 500 keping Calendar SF Beauty Subang 2013. First time buat calendar. Terkecik plak. Minta maaf la ye kepada yang tak nampak tu.. Next time kena buat betul-betul.. Plan awal-awal.. Belajar dari kesilapan. Calendar SF Beauty Subang 2013 dah pun habis diagihkan. Kepada yang tak dapat, saya minta maaf banyak-banyak. Next year kita print lagi BANYAK dan lagi BESAR. InsyAllah... Hehehe...

Calendar SF Beauty Subang 2013

Ada sedikit cenderahati yang akan diposkan bersama order SF anda..HANGING CAR PERFUME !!! Ok tak? Hadiah yang tak seberapa ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada semua dealer yang telah membantu SF Beauty Subang untuk meningkatkan jualan setiap bulan. Alhamdulillah.. Sesungguhnya jasa korang tak dapat saya balas... Sobsobsob..sedih plak rasa di hati..

Hanging Car Perfume
18 February 2013 nanti genaplah setahun saya mengendalikan business SF Beauty ni. Alhamdulillah.. Semuanya dipermudahkan. Allah telah menganugerahkan saya dealer-dealer yang sangat memahami dan tidak cerewet. Mudah bertolak ansur dan sentiasa cool gituuu...Korang memang terbaekkkk...THE BEST DEALER EVER!!!


Alhamdulillah...syukur kepada Allah swt yang memberkati dan memudahkan laluan saya dalam business ini. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah. Kalau kita berusaha macam mana sekalipun, tapi DIA tidak izinkan, maka semuanya tidak akan terjadi. Semoga apa yang hamba Mu ini lakukan sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dari Mu..

Wassalam..

SF Beauty Rebranding

Assalamualaikum..

Korang dah makan? Sihat ? Seronok bercuti? Hehehe..banyak plak soalan yer..Anyway, oleh kerana ramaiiiii sangat-sangat yang tanya saya pasal SF Beauty tukar packaging ke? SF Beauty Re-branding ke? Yang mana satu yang ori, yang mana satu tak ori? Yang tertanya-tanya dan yang masih lagi confuse, jom baca.......



Asal usul keturunan SF Beauty ni ada 2 packaging, bekas plastik dan bekas kaca..Oleh kerana ramai yang keliru dan mengatakan bekas plastik ni tak ori, so Owner SF Beauty telah menyelaraskan kepada bekas plastik sahaja..NO MORE BEKAS KACA....Kalau ada SF Beauty dalam bekas kaca, maybe stock lama.

SF Beauty bekas kaca 

SF Beauty bekas plastik

Ok, now issue re-branding. Boleh dikatakan ianya adalah tahyul..Hahahaha..Ada la beberapa dealer yang confuse dan terbagitau customer yang SF Beauty re-branding..lagi sekali saya ulang, ianya adalah TAHYUL semata-mata. Produk baru nak melariskan jualan, guna nama SF Beauty. Biasa la tu...



Kesimpulan kita apa ya? (macam mengajar la plak)

Packaging SF Beauty adalah bekas plastik sahaja.
SF Beauty masih lagi menggunakan nama "SF Beauty".

Kalau nak beli cosmetic brand SF Beauty, beli yang dalam BEKAS PLASTIK....
Kenalilah dengan siapa anda beli untuk mengelakkan daripada terbeli yang TAK ORII..

Sekian....








SF Beauty TAK ORIIIIIII


Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru semua...Semoga korang sihat-sihat selalu di samping insan tersayang. Lama dah tak update blog ni. Ada berita nak disampaikan. Maybe korang dah dengar dari pengedar lain atau dah baca kat FB SF Beauty Subang..Tapi takpa la..nak bgtau jugak..huhuhu...

Pada tarikh 24 Dec 2012, saya ada terima sms yg mengatakan this girl jual murah gile..set besar dia boleh bagi rm45..Memang tak logic. Saya amik ddengan owner pun tak dapat murah macam tu.. So saya pun try call minah ni.. Dia angkat tapi macam ada gangguan dan talian terputus. Sempat dengar dia cakap "Hello". Daripada perkataan "Hello" tu, tau la bahawa dia ni PEREMPUAN + MELAYU + ISLAM.

Bila putus macam tu je, saya tak call balik. Saje nak tengok, dia sms ke call balik. Then dia SMS bgtau yang dia sedang berurusan di bank. Jom baca sms kami:-


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nor Atiqah           :   Maaf. Sy sdg berurusan di bank.
SF Beauty Subang:   Sy nak tanya, ni bekas plastik ke bekas kaca?
Nor Atiqah           :   Bekas plastik cik.
SF Beauty Subang:   Area mana yer?
Nor Atiqah           :   Saya pemborong kosmetik secara online dan bergerak dari kuantan.
SF Beauty Subang:   Sebelum ni sy ambil dr kelantan, 50 set dapat RM60. Tapi saya kat Kuantan je. 50 set         dapat berapa yer?
Nor Atiqah           :   Oh..harga ikut dealer/stokis nak bagi berapa. Sy jual 50 set RM50. Pos RM20.
SF Beauty Subang:   Kalau saya nak amik 50 set, dpt RM50 kan? Boleh bagi total dan akaun no?
Nor Atiqah           :   Total RM2520 termasuk pos. Sila bagi nama dan alamat. 158024819364, Maybank Nor Atiqah. Jika sudah bank in sila inform. utk sy sahkan payment dan hantar brg.
SF Beauty Subang:   Saya mintak maaf. xjadi. Td tanya kawan, dia kata awak punya tak ori.
Nor Atiqah           :   Saya ambil dengan owner SF Beauty di Kota Bharu, Kelantan. Saya jual murah sebab orang tukar brg / produk dgn saya utk dpt cash. sy dapat untung dr produk lain. ok. takde masalah.
SF Beauty Subang:  Awak amik atas nama siapa yer? Nama awak, Nor Atiqah? Atau nama orang lain?
Nor Atiqah           :  Kalau cik tak nak order tak apa lah. Ini dah diluar urusan bisness. Strategi masing- masing. Lagi pun barang saya bukan barang tiruan. Sbg orang bisnes info details tak perlu didedahkan pada cust.
SF Beauty Subang:  Kot yer pun jangan la curik cust org. Bersaing secara sihat. Allah maha adil. Tu je pesan saya.
Nor Atiqah           :  Sy xcuri cust siapa2. Normal bila berniaga melakukan promosi dan beriklan.dalam
perniagaan kena la berdepan dengan risiko. mcm sy katakan ikut strategi msg2 dan sy xmemaksa org beli dr sy. sbg org bisnes mesti kita nk rolling, stok yg sy ada xkn nk simpan bt pekasam. dan xelok la menuduh sesama kitakalau tak tahu pucuk pangkal. salam.
SF Beauty Subang:  Alhamdulillah, stock saya tak jadi pekasam lagi setakat ni. Ingat satu je pesan saya, Allah maha adil.
Nor Atiqah           :  Ye. terima kasih pesanan itu. rezeki masing2 juga datangnya dari Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Macam tu la ceritanya.. Panjangnya..lenguh tangan..fuhhhhh..Pastu apa lagi report la dekat bapakku. Dia plak terus contact owner. Owner pun ambil tindakan.Cane?


Owner call minah ni. Tanya dia ambil dari mana. dia cakap dia ambil dari owner sf beauty di kota bharu kelantan. Owner ni cakap la, saya owner SF Beauty. Boleh bagi nama, saya nak cek. By the way, tu la tujuan saya mintak nama dia tadi. Nak cek dgn owner.Ok. Pastu Owner ckp, kalau awak tak nak bagitau dari mana awak ambil stock SF Beauty ni, awak bagi keterangan di Balai Polis. Minah ni berterus terang la..dia ambil dari Perak. Setakat ni, yang berjaya disiasat, semua ambil dari Perak.

Berhati-hati la yerr...