SF Beauty Rebranding

Assalamualaikum..

Korang dah makan? Sihat ? Seronok bercuti? Hehehe..banyak plak soalan yer..Anyway, oleh kerana ramaiiiii sangat-sangat yang tanya saya pasal SF Beauty tukar packaging ke? SF Beauty Re-branding ke? Yang mana satu yang ori, yang mana satu tak ori? Yang tertanya-tanya dan yang masih lagi confuse, jom baca.......



Asal usul keturunan SF Beauty ni ada 2 packaging, bekas plastik dan bekas kaca..Oleh kerana ramai yang keliru dan mengatakan bekas plastik ni tak ori, so Owner SF Beauty telah menyelaraskan kepada bekas plastik sahaja..NO MORE BEKAS KACA....Kalau ada SF Beauty dalam bekas kaca, maybe stock lama.

SF Beauty bekas kaca 

SF Beauty bekas plastik

Ok, now issue re-branding. Boleh dikatakan ianya adalah tahyul..Hahahaha..Ada la beberapa dealer yang confuse dan terbagitau customer yang SF Beauty re-branding..lagi sekali saya ulang, ianya adalah TAHYUL semata-mata. Produk baru nak melariskan jualan, guna nama SF Beauty. Biasa la tu...



Kesimpulan kita apa ya? (macam mengajar la plak)

Packaging SF Beauty adalah bekas plastik sahaja.
SF Beauty masih lagi menggunakan nama "SF Beauty".

Kalau nak beli cosmetic brand SF Beauty, beli yang dalam BEKAS PLASTIK....
Kenalilah dengan siapa anda beli untuk mengelakkan daripada terbeli yang TAK ORII..

Sekian....








13 comments:

  1. Salam,
    Sebenarnya saya nak betulkan sedikit kenyataan awaklah.. sf beauty re-branding bukan tahyul.. tapi mmg betul dah tukar nama significant sebab masih ramai customer yang berminat dengan bekas kaca..setahu saya area KLANG VALLEY (KUALA LUMPUR) saja yang menggunakan nama SIGNIFICANT...yela timbul isu ori ke x bekas plastik ni semua tu salah stokis kota bharu kelantan yang menggunakan bekas plastik. Seperti saya yang berminat dengan set kaca sebab mudah tahan panas..yela plastik ni if kena panas takut faham2 jerla...yang best kandungan isi masih sama. Terpulang kepada customer2 kerana kuasa membeli di tangan mereka.. Yang penting produk ni sangat BEST!!! thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas kaca pun ada buruknya..saya tak nak cerita pasal keburukannya..dan saya tak kondem pun bekas kaca or "SIGNIFICANT" awak tu...betul, customer bebas memilih..so tak payah la nak burukkan mana-mana pihak..dan yang saya PASTI, SF Beauty tak re-branding.

      p/s: dealer "SIGNIFICANT" ke? =)

      Delete
  2. TIADA rebranding dalam sf beauty..jename sf beauty tidak perlu utk re-branding..kenape nak re-brand?jename ni telah dikenali ramai..tibe2 nk re-brand..logik?re-brand sbb nk gune bekas kace?klu betul nk gune bekas kace go on je la..selaraskan sume bekas kace..tak perlu re-brand..

    Saye ingin betulkan kembali fakta awak cik ziee..bekas plastik diusehekan oleh PENGASAS sf beauty ini sendiri yang berpangkalan di KELANTAN..bekas kace diusehekan oleh mereka yg ingin menumpang jename SF BEAUTY tetapi menggunakan bekas yg laen..ini telah menimbulkan kekeliruan kepade ramai pihak terutama pengguna..oleh kerane mendapat tekanan dr pengasas, pengusaha bekas kace telah buat brand nye sendiri iaitu SIGNIFICANT SKINCARE klu x silap..

    Bukan re-branding..buat brand sendiri..brand SIGNIFICANT ni begerak bebas atas jenamenye sendiri tanpe sebarang pertalian dengan SF BEAUTY..tidak ade kene mengene dengan stokis Kelantan mahupon mane2 stokis..ingin ditegaskan disini stokis Kelantan dan SUBANG membeli stok terus dari pengasas SF BEAUTY ini sendiri di KELANTAN..ape yg menyebabkan kekeliruan ini adalah dimana jename SIGNIFICANT ini masih menggunakan name SF BEAUTY utk melariskan jualan mereka..tolong jgn keliru, dan mengelirukan org laen..no re-branding whatsoever..SF BEAUTY tetap dikenali sebagai SF BEAUTY..

    ReplyDelete
  3. Ye ke...sy tertipu mcm ni...baru je beli produk yg dikatakan SF Beauty baru..yg packaging warna merah..nme pun tukar Significant Beauty...ni brg ciplak ke?...sbenanyer SF msih pki kotak putih ke?..adoi sakitla hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggap lah produk yang awak beli tu new product dan bukan barang ciplak...Mana tau sesuai dengan kulit awak..=)..SF Beauty masih packaging lama..

      Delete
    2. tak payah gaduh2..sf beauty dgn significant sama je isi kandungan nya..packaging je lain2..satu plastik,satu kaca. if nak bekas plastik,amik la yg kotak putih, nama SF Beauty, kalau nak bekas kaca, guna la Significant skin care. simple as that ~ -cik enon-

      Delete
    3. Tak sesimple itu la cik enon...melainkan dealer SIGNIFICANT nk melariskan kosmetik jualan mereka...SF BEAUTY DAN SIGNIFICANT TAK SAMA!!!!!...Mengaku je la produk yang berbeza..isi kandungan sama? itu saya tak pasti..kepada yang nak beli SSC silakan cari cik enon kita..kat sini ada SF Beauty je..Sekian

      Delete
  4. isi kandungan same...jename je lain2...saya dh pakai kedua2nye...tp saye lebih suke sf beauty lagi...sbb tu cinta pertama saye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak boleh cakap isi kandungannya sama..yang kita boleh confirmkan hanyalah dari segi kesan pemakaiannya...

      Delete
  5. saya nak tanya, kalau pakai yang significant cream tu (wanrna merah) bahaya tak? ada effect ke? saya risau. tolongggg :(

    ReplyDelete
  6. uiks...sf beauty dah x boleh guna kan??i dgr kkm dah serbu betul ke??haritu masuk paper sf beauty dah x boleh jual...now dealer sf pun dah x jual sf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiksssss..ni ketinggalan zaman ni..refer link di bawah ye untuk info terkini..
      http://sfbeauty-subang.blogspot.com/2013/08/sekali-lagi-sf-beauty-berwajah-baru.html

      Delete