SF Beauty Palsu !!!


Assalamualaikum....Hi u ollss...

Oleh kerana ada lagi dealer/customer yang hampir ditipu, so saya merajinkan diri untuk update tentang issue ni. Bukan apa, penat jugak la kan nak jawab dan kesian mereka yang tertipu ni.. Yang nak berbisness pun jangan la menipu.. Kalau korang tipu, rezeki takkan datang lagi.

Ok.. Ingin saya jelaskan disini, SF Beauty tidak menukar nama tapi hanya menukar packaging. Kalau dulu colour biru putih, sekarang colour coklat keemasan. Boleh refer link di bawah untuk gambar terbaru SF Beauty.

http://sfbeauty-subang.blogspot.com/2013/08/sekali-lagi-sf-beauty-berwajah-baru.html

Ada akaun FB meggunakan nama SF Beauty tapi produk yang dijual bukan SF Beauty sama sekali. Saya boleh jer nk bagi link. Tapi tak nak la sampai tahap tu. Nak bagi reminder kat semua cust SF Beauty. Beware!!! Kalau korang nak beli SF Beauty, make sure kat packaging tu tulis SF Beauty. Kalau FB je nama SF Beauty. Tapi packaging tu nama lain cthnye FLX ke hape, tak payah beli.


Ada seorang customer yang contact saya tanya kenapa dia beli SF Beauty, tp dapat produk lain. Saya terkejut badak la. Saya ni jual SF Beauty jer. Tak sempat lagi nak tambah produk. Ye la, bukan buat bisnes sepenuh masa. Rupanya dia beli dengan orang lain, tapi tanya saya. Dia bagitau beli kat FB SSSS.. Saya cek dan dapati memang FB tu menipu. Tak baik la korang ni. Kesian customer tu. Saya ajar dia, mintak duit balik. Bagitau yang dia nak beli SF Beauty. Kenapa dapat brand lain. Hak sebagai pembeli. Camtu je la yang saya boleh tolong.

So, sebelum korang kena tipu JANGAN la kena tipu.. Hehehe.. Moral of the story, gunakan Encik Google sepenuhnya. Bismillah dulu... InsyAllah tak kena tipu...adios.. Hati-hati ye u ollss...


0 comments:

Post a Comment